Home » » 7 Adab Berjiran Menurut Islam

7 Adab Berjiran Menurut Islam

Takrif jiran membawa maksud orang yang tinggal berdekatan dengan kita sama ada di sebelah, depan,mahupun di belakang rumah kita. Apabila kita tinggal berjiran dengan orang lain, kita seharusnya menanamkan semangat berjiran itu bukanlah sebaliknya. Antara adab-adab berjiran adalah:-

1) Menghormati jiran dan berbuat baik kepada mereka. Biarpun jiran kita itu adalah bukan Islam, kita masih dituntut supaya menjaga perhubungan kita dengan mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية
2) Sekiranya mereka pergi atau meninggalkan rumah mereka, peliharalah harta mereka daripada orang-orang yang berbuat jahat contohnya orang yang nak mencuri, simbah minyak ke atau merompak. Sebab, sekiranya kita tak nak bantu mereka dan berlaku sesuatu kepada rumah mereka, tak kan la kita tak kasihankan mereka. Cuba kita fikir, perjalanan hidup kita ini segalanya di atur oleh Yang Maha Kuasa. Kalau suatu hari nanti kita akan lalui perkara yang sama, tak mustahil mereka pun akan balas apa yang kita dah kita lakukan.

 
3) Hidup berjiran mestilah berbaik-baik. Janganlah menimbulkan masalah yang boleh mengganggu jiran contohnya buat bising tengah malam ke, membuang sisa makanan ke rumah mereka atau mengambil tanaman mereka tanpa izin. Islam tidak menggalakkan umatnya berbalah malah menuntut supaya kita bermualah dengan baik. Rasulullah bersabda: “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi ditanya, “Siapa wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” ( متفق عليه )
4) Bersedekah lah sesama kamu. Misalnya, di bulan Ramadhan. Kita sesama jiran bertukar2 makanan. Sama-sama mendapat pahala dari Allah s.w.t. Rasulullha s.a.w. bersabda: “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyaklah airnya dan berilah tetanggamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
5) Apabila kita hidup berjiran, kita bersukacita dengan kebahagiaan mereka, dan apabila mereka dalam kesusahan, kita juga berdukacita aknnya. Lawat dan jenguklah mereka jika mereka sakit.
6) Ikhlas dalam diri sangat penting. Begitu juga apabila dalam melakukan perhubungan sesama manusia. Ikhlaslah dalam segala apa yang kita lakukan. Misalnya, tolong-menolong antara kamu dengan ikhlas tanpa meminta balasan. Sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa.”(Al-Maidah:2)
7) Sekiranya kita tidak senang dengan tingkah laku jiran kita, maka bersabarlah. Sesungguhnya Allah amat sukakan orang yang bersabar. Rasulullah pernah bersabda: “Ada tiga kelompok manusia yang dicintai Allah..disebutkan di antaranya ialah seseorang yang mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas gangguannya itu hungga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya.”(Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani)

SUMBER.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013. KRT TAMAN PINANG INDAH - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger